Wednesday, October 13, 2010

Ayam Rendang CiliPadi.

GA ATIE MASIH BERJALAN...TINGGAL 5 HARI SAJE LAGI!JOM JOIN....KLIK SIDEBAR>>>>


Salam korang!..hari nie kiter merendang lak yer...sebenarnya dh lama tingin nk buat rendang yg menggunakn ciliapi nie(klu pedas2 nie...teman mmg suke nooo...).pg tadi men'google'...jumpa la, tapi atie derhaka sikit la pd resepi asal....anakcucu mintak maap yer...apa2 pon..mmg sedap & pedas!!!!.klu dpt mkn ngan pulut...lg best kot(kena cari pulut gak arini..hihi).pada yg ingin mencubanya...resepi ada kt bawah nun.atie copy bulat2 dr mesranet...cuma taip bahan2 yg atie tambah jer.jom layan......Daaa


Bahan-Bahan:(sumber:mesranet)

* Seekor ayam di potong 10-15.
* 20 biji cili api (Boleh tambah kalau nak lebih pedas).
* 2 inci kunyit hidup. (Cili Api + Kunyit hidup dikisar/tumbuk)
* Santan dari 2 biji kelapa.
* Sedikit kerisik.
* 2 batang serai (Dititik)
* 2 keping asam keping.
* Garam secukup rasa.
* 6 Biji Bawang Merah-atie tambah-kisar
* 4 Biji Bawang Putih-atie tambah-kisar
* 1 inci halia-atie tambah-kisar
* Sedikit Lemgkuas-atie tambah-kisar
* Sedikit Gula
* Sedikit Daun Limau Purut-atie tambah


Cara-Cara:
1. Masukkan ayam bersama bahan yang ditumbuk/kisar tadi. Masukkan juga serai yang telah dititik dan Garam secukup rasa.Panaskan di dalam kuali atau periuk sehingga ayam kecut (air ayam kering).
2. Bila air ayam telah kering, masukkan santan dan biarkan sehingga santan
menjadi pekat.
3.Bahan mesti dikacau selalu supaya tidak melekat.
4. Masukkan kerisik dan asam keping dan kacau hingga kuah menjadi naik minyak atau hampir kering.masukkan juga daun limau purut..dah msk..blh la diangkat.


3 comments:

ummi iman said...

sedapnya..terliuq

izahdaut said...

uii kak tie, nak datang makan umah akak la..sedap nya ayam masak cam ni

Unknown said...

ni yg nak berjiran ni...
saya malas msak tp suka makan.. camana ni!!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™