Saturday, October 2, 2010

Kuih Bakar Labu/Bingka Labu.

Salam..selamat pagi dihari sabtu....apa plan arini?atie dok umah jer...kul 12 tghari nanti,Insallh Adik akan blk 'OUTTING"...jap jer la tapi jadi la buat pengubat winduuuuu!...kuih bakar labu nie,atie buat semlm(dah lama Apak kasi sebenarnya..)...la nie baru ke'rajenan' membuat kuih bakar...ngee.rasanya mmg sedap serta lembut jer....dpt la 1 loyang 4segi atie tue,itupon tadi dah htr kt umah MIL sikit....kt umah tinggaikn sepiring jadi la...Adik bknnya suka kuih2 camni.Okey la layan gambar kuih labu atie tue yer...klu nak...ambik jer kt dapor tuh..tuan rumah byk keje...Daaaaaaaaaaaaaaa


Bahan-bahan:(sumber MG MYR)

5 biji telur Gred A(atie guna 3 biji)
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3.Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas.
4.Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
6.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tue dia,....dah siap!geseng kt atasnya..ngeeeeee
Sebelum kebakaran.....

No comments:

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™