Tuesday, February 8, 2011

Puff Inti Karipap.

Antara kuih yg sgt simple & cepat dibuat...juga menjadi kesukaan anak2 atie jgk(klu buat nie..sonok tgk depa mkn).pagi tadi atie buat lg puff nie tuk kami bersarapan(kebetulan inti karipap aritu ada lg..)...disamping nasi goreng kampung ..Alhamdllh,Apak pon suker!...atie menggunakn roti paratha plain jer..senang!hikhik.nk kasi pon dah habih...korang layan gambar jer la yer!Daaaaaaa....


Bahan-Bahannya(sumber;ROSjintanmanis)
1 paket roti canai segera ( sebarang brand boleh digunakan )
1 biji kuning telur untuk sapuan

Untuk Inti
300 gm daging
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang putih*
sehiris halia*
1 peket rempah kari daging – cairkan dgn sedikit air
2 sudu makan cili kisar
4 biji kentang – potong kiub
1 biji bawang besar – cincang/potong kiub
daun kari/ sup
garam n gula secukup rasa.

Cara penyediaan

1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Goreng daun kari ( jika guna daun kari) dan masukkan bahan yang ditumbuk .Masakkan hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat atau hampir kering.
5. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat.
6.Masukkan daun sup (jika guna daun sup). Gaul rata dan angkat.Sejukkan.

Cara melipat puff

2. Ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 2 atau 4 bahagian ( ikut saiz yg dikehendaki), letakkan satu sudu besar inti di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti habis digunakan.

3. Akhir sekali bakar puff di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

8 comments:

~~**ieta azri**~~ said...

akak...ieta wak cokelat ni...wah nak mintak puff tu ckit aiii wat minum ptng ni......

MiSz ZuE said...

sedapnyer makan time panas2...

So Shy Lady (SSL) said...

wah pkai roti paratha sgera tu ke kak? boleh la cuba heheh

Love2cook Malaysia said...

Wahhh sedapnya kak!!! Mintak a few for our dinner! hehehe :)

Unknown said...

salam..azatie
ayu belum try lagi tau..nak cubalah..
thanks syer resepi

ieda said...

sedap jer nampak karipaf tuu kak .. haa kemana menghilang bercuti kak ekekek jalan2 CNY yer :)

ekinashikin said...

wah sedap ni...

Unknown said...

Assalamualaikum Atie...

Menarik nampaknya Karipap tu...bila nak pos pada Kak Lin...sedap buat minum2 petang..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™