Monday, May 9, 2011

Ikan Masak Tauco

Salam & slmt ptg....dah masuk hari senin blk yer!....cepatnya masa berlalu.arini masak gulai tauco ngan ikan,lama dah tingin nk buat tp lom sempat2 lagik.resepi godek2 kat umah hana(makasih yo!!)Wah!!tgk kuahnya blh buat berenang sukan olimpik..hihi.saje buat kuah byk2...sampai dah xnampak ikan yer?.biasa arwah Mak buat dulu isi timun tp lam esbok xder la timun...jadinya isi ikan aje lar.Jom layan ....Daaaaaaaaa
Bahan-bahan:(sumber:Hana)

5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris - hana tmbh cili padi bijik2
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu

Cara-cara
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  • Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera.
  • No comments:

    © Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™