Wednesday, June 19, 2013

Sayur Kobis Tumis Air

Salam semua
Cuaca arini mmg trlalu panazzzzz....
mmg berbahang dok kat luar.Kain pon cepat sgt keringnyaaa.
Jdnya arini ,
atie masak tumis yg berair2 jer..malas nak bersantan2 bagai.
Resepi mudah jer tp dek malas nk menaip...copy jer kat kawan blogger
Terima kasih yer kak potret kasih.
Jom layan msk kobis tumis air ni...
Nk skodeng umah kengkawan jap..
tungguuuuu

Bahan-Bahan:(sumber:SINI)

Sepotong kobis ( anggaran 1/4 biji )
3-4 batang kacang panjang ( potong kecil2 )
100 g suhun ( rendam )
3 biji bawang merah ( hiris atau tumbuk)
2 ulas bawang putih ( hiris atau tumbuk )
ikan bilis  tumbuk kasar atau udang secukupnya
garam secukupnya
sedikit serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan
1. Tumis bahan hiris atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan udang.
2. Masukkan air secukupnya… ikutlah banyak mana nak kuahnya… biarkan mendidih.
3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran , suun, garam dan perasa.
4. Bila sayur layu dan masak bolehlah diangkat


4 comments:

Sura Mohd said...

akak slalu masak tumis air ni..suka letak suun byk2..hehehe..lapar la pulak ..blum lunch lagi..huhuhu..

JaSSNaNi said...

betul tu atie... musim2 panas gini tak yah ler nak memanaskan lagi badan.. bersantan2 bagai utk jaga kesihatan anak tekak kan... elok juga tumis air ni.. nani pun kat umah wat sayor masak tumis air je..

dear anies said...

tambah udang..perghhh sedap ni kak

Deq's Qienz said...

simple tp nmpk sdap kak..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™