Saturday, January 3, 2015

Tumis Kacang Buncis Berudang + Hati Ayam

Salam
Juadah tghari kami antaranya...tumis kcg buncis + udang + hati ayam
Ada taugeh sikit..kasi tambah jgk..hehe
Biasa sayur2 ni anak2 tak bape minat...atie yg suka!
Klu mkn xder sayur..mmg tak syok!
Semua sayuran atie suker
Kecuali sayur BENDI
Jemput semua
Resepi copy dari majalah RASA jer...malas nak taip bagai
Terima kasih majalan RASA
Jemput semua....

 BAHAN-BAHAN:(sumber:Majalah RASA)

200gm kacang buncis | dipotong serong
200gm udang
1 biji cili merah | dibuang
biji dan dipotong panjang
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
sedikit hati ayam-goreng (atie tambah)
Sdkt sayur taugeh(atie tambah)

BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 tangkai cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan dikacau rata.
3. Masukkan pula sos tiram, kacang buncis dan cili merah. Kacau seketika.
4. Akhir sekali, perasakan secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.

2 comments:

Perjalanan seorang Wanaz said...

hurm..nampak menyelerakan

Saniah said...

salam kenalan
#1210
http://www.coretanhatiibu.com/

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™